Friday, October 11, 2013

10 TIPS BIJAK BERBELANJA PADA MUSIM PERAYAAN


Setiap kali tiba musim perayaan kita akan berbelanja lebih banyak daripada hari biasa, selalunya bajet yang telah ditetapkan untuk berbelanja pada musim perayaan akan terlebih. untuk mengelakkan berlaku perbaziran dan bagaimana cara bijak untuk berjimat ketika musim perayaan, jom amalkan 10 tips bijak berbelanja pada musim perayaan


Rancang perbelanjaan dan buat senarai barangan

  • Pengguna harus merancang keperluan dengan membuat senarai barangan yang diperlukan sesuai dengan peruntukan (bajet) perbelanjaan mereka. Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika bebelanja di pusat membeli belah kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.


Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan

  • Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah. Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Ikut kemampuan dan jangan bersaing

  • Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza. Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.


Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang

  • Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah. Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.


Menawar harga barangan

  • Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan. Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti

  • Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

Tidak mudah terpengaruh dengan iklan

  • Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpegaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.


Ganti perhiasan yang perlu sahaja

  • Perabot , langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.


Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan

  • Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu , simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.


1 comment:

  1. http://Luvely-yaya2308.sharethisstory.net/my-1292258-12412

    ReplyDelete

Anda Suka Dengan Article Ini!
Apa Lagi Kongsikanlah Bersama Rakan-Rakan Anda
Di Email, Twitter, Facebook, Google +G !
Jangan Lupa Ya :P

LinkWithin