Tips & Panduan Blog's

Search This Blog

PANDUAN PENTING SEBELUM BERCUTI


Peta Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.


Dapatkan maklumat Pengangkutan yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat. Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

5 TIPS MENCEGAH KEROSAKAN GIGI

Gigi perlu dijaga dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat. Memandangkan gigi merupakan antara aset yang terpenting di wajah kita. Mulut dan gigi yang sihat juga membantu badan menjadi lebih cergas dan minda lebih cerdasEntry sebelum ini ada dikongsikan tips mencegah kerosakan gigi untuk kali ini dikongsikan 5 tips mencegah kerosakan gigi yang boleh anda amalkan.


1) Penjagaan kebersihan gigi yang baik.

Kita 'diwajibkan' untuk memberus gigi 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Selain itu, menggosok gigi selepas makan juga boleh membantu membuang sisa makanan yang melekat pada gigi. Ini juga untuk mengelakkan dari sisa makanan melekat pada gigi kita disamping boleh mengelakkan dari pembiakan bakteria pada gigi.

2) Menjaga pemakanan

Kurangkan makan benda manis dan melekit kerana ia akan melekat pada celah gigi. Jika kita makan makanan manis, seeloknya kita minum air masak dan berkumur lepas makan. Terdapat juga beberapa makanan yang boleh kita ambil untuk memutihkan gigi yang boleh kita amalkan.